Jika Ada Sebarang Pertanyaan, SIla Hubungi Kami Di

My photo
Pejabat Pengurusan Bangunan Menara TH Perdana/ TH Wilayah Persekutuan, Tingkat 7,Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-27819020 Email: teknikal09@gmail.com

Pemeriksaan BOMBA 2010

Ayat Al Quran

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya... [Luqman : 17]

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, takulah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya kian bertambah iman mereka dan kepada Tuhan mereka berserah diri."[Al-anfal:2]

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnyaDan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya; Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya [AL-MU'MINUUN : 1-11]

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. [An-Nahl, ayat 99 & 100]

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dan di sisi Kami ada sebuah kitab suratan amal yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. [Al-Mu’minun, ayat 62]

Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari Kiamat yang pada nya berbalik-balik hati dan pandangan. Mereka mengerjakan semuanya itu supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. [An-Nur, ayat 37 & 38]


Sila Isikan Borang Di Bawah Untuk Membuat Aduan

Borang Aduan Kerosakan Alatan TH Perdana/TH Wilayah Persekutuan
Ruangan bertanda * wajib diisi
1. Nama Syarikat: *
2. Nama: *
3. No. Telefon: *
4. Email: *
5. Nama Bangunan: *
  • TH Perdana
  • TH Jalan Ipoh
  • TH Jalan Rahmat
  • TH Loke Yew
  • TH Putrajaya
  • TH Labuan
6. Tingkat: *
7. Butiran Aduan: *
 

Saturday, April 9, 2011

Majlis Ramah Mesra Antara Pengurusan TH Wilayah Persekutuan Bersama Penyewa Bangunan TH Perdana & TH Negeri Wilayah Persekutuan

Kami dari pihak Pengurusan Bangunan Tabung Haji (TH) Perdana & TH Wilayah Persekutuan (WP) ingin memaklumkan bahawa satu sesi perjumpaan akan diadakan seperti berikut:-


Tajuk : Majlis Ramah Mesra Antara Pengurusan TH Wilayah Persekutuan Bersama Penyewa Bangunan TH Perdana & TH Negeri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 12 April 2011

Masa : 10 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat TH Wilayah Persekutuan, Tingkat 1, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.


Dalam sesi ini, pihak pengurusan TH negeri dan pihak kami ingin bersuai kenal dengan semua penyewa dan ingin mendengar sebarang pertanyaan dan cadangan yang berkaitan untuk kebaikan bersama.

Semua wakil pengurusan tuan/puan, wakil lantai dan penolong wakil lantai yang terlibat adalah dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, kami dari Pejabat Pengurusan Bangunan TH Perdana merasa amat gembira dan ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua penghuni Bangunan TH Perdana dan TH Wilayah Persekutuan.

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Memandangkan tidak lama lagi tahun baru akan menjelma, kami dari Pihak Pengurusan Bangunan Menara TH Perdana/TH Wilayah Persekutuan mengucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2010' kepada semua.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun baru ini.

Pengurusan Bangunan TH Perdana/TH Wilayah Persekutuan