Kami dari pihak Pengurusan Bangunan Tabung Haji (TH) Perdana & TH Wilayah Persekutuan (WP) ingin memaklumkan bahawa satu sesi perjumpaan akan diadakan seperti berikut:-
Tajuk : Majlis Ramah Mesra Antara Pengurusan TH Wilayah Persekutuan Bersama Penyewa Bangunan TH Perdana & TH Negeri Wilayah Persekutuan
Tarikh : 12 April 2011
Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat TH Wilayah Persekutuan, Tingkat 1, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Dalam sesi ini, pihak pengurusan TH negeri dan pihak kami ingin bersuai kenal dengan semua penyewa dan ingin mendengar sebarang pertanyaan dan cadangan yang berkaitan untuk kebaikan bersama.
Semua wakil pengurusan tuan/puan, wakil lantai dan penolong wakil lantai yang terlibat adalah dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment